PROGRAM KEILMUAN

RAHSIA BESAR KEILMUAN KESELAMATAN & BELADIRI KAROMAH ANUGERAH AGUNG
Mengikuti Bengkel Ilmu Keselamatan & Beladiri Karomah Anugerah Agung, Anda akan diijazahkan dan ditransfer energi Haq untuk 21 Keilmuan Seni Kerohanian Pertahanan Diri yang sangat Ampuh dan Me-Lagenda,antaranya ialah:

1.       SELENDANG MERAH
Ilmu Selendang Merah adalah untuk mempertahankan Agama,Bangsa dan Tanah air.Insya Allah musuh cuma akan melihat selendang sahaja sekiranya berlaku kecemasan.Musuh akan melihat diri pengamal sekiranya selendang ditanggalkan.

2.       PARANG TERBANG
Ilmu Parang Terbang merupakan salah satu diantara KEILMUAN PERANG yang diwarisi oleh Pendekar Melayu zaman berzaman. Ilmu ini sinonim dengan Pasukan Perang Selendang Merah.Namun ianya juga turut diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang juga mewarisi Ilmu dari Khazanah Ulamak Nusantara ini.

Ianya amalan persediaan dan ketika turun berperang. Segala kelebihan ilmu yang dikurniakan Allah SWT pada saat dan ketika itu bergantung semata-mata atas keizinan dari_NYA jua. Tidak lebih dari itu. Apa yang penting, penghayatan dan tujuan berperang atas konsep JIHAD FISABILILLAH itu yang perlu disemai terlebih dahulu. NIAT dan TUJUAN adalah yang PALING UTAMA. Tiada istilah kalah atau tewas sbb mereka telah dijanjikan SYAHID. Segala kelebihan keilmuan parang terbang ini akan disampaikan secara lisan semasa Bengkel dijalankan…

3.       HIZIB AL-HIKMAH
Ijazah Hizib Hikmah sangat pendek lafalnya, mudah laku tirakatnya, hebat hikmahnya serta sudah masyhur atau terkenal kehebatannya. Untuk mendapatkan berkah Hizib ini tidak perlu tirakat puasa.

Hizib Hikmah ini cukup dikenali ramai kalangan, termasuk ahli spiritual, ahli Ilmu Hikmah, Kyai, Ustaz, paranormal, ahli pengubatan. Hizib ini berbeza dengan Hizib lain yang di tempuh dengan puasa. Hizib ini tanpa tirakat puasa.

Hizib ini memang sangat pendek lafalnya dan cukup mudah untuk melakukan tirakat atau ritual mendapatkan berkah Hikmah Hizib Hikmah ini, cukup diwiridkan saja dengan cara yang saya ijazah kan. Adapun beberapa Hikmah yang boleh di perolehi dari Hizib ini sangat banyak sekali, antaranya;

Manfaat / Hikmahnya:

1. Untuk keselamatan.
2. Untuk kekebalan diri.
3. Untuk mahabbah / pengasihan.
4. Untuk menghadirkan jurus silat.
5. Jika berjalan jauh / pergi ke Luar Negara dsbnya, agar selamat dari gangguan / musibah apapun di perjalanan.
6. Berani menghadapi perkara apapun.
7.Mengusir makhluk halus/ Jin dan sejenisnya.
8. Diberikan kebesaran hati dalam menghadapi apa jua masalah.

Beberapa manfaat diatas sudah benar-benar di buktikan oleh banyak orang yang mengamalkan ijazah Hizib Hikmah ini. Saya sendiri sudah membuktikan keberkesanan dan kehebatan / Hikmah manfaat dari Hizib ini. Siapapun anda pasti boleh mencapai Hajat yang anda inginkan atas izin Allah SWT perantara Hizib Hikmah ini.

4.       ASMA SURYANI WARISAN WALIYULLAH KANJENG PANGERAN DIPONEGORO
Pada zaman dahulu, era perjuangan bangsa Indonesia banyak diantaranya para Alim Ulama’, & Kyai Sepuh  mempunyai segudang Ilmu Hikmah yang pada masa itu di gunakan untuk perjuangan melawan bangsa Penjajah ( Belanda, Jepun, Portugis,) diantara Ilmu para Kyai tersebut adalah Asma’ Suryani  (kadangkala orang menyebutnya Asma’ Perang ), Asma’ ini menurut lagendanya dimiliki oleh ulama besar dan tokoh pejuang proklamasi, beliau adalah Kanjeng Pangeran Diponegoro, beliau berguru pada seorang ahli filosofi arab untuk memperoleh ilmu ini.Pada suatu hari beliau berjalan-jalan sampai di suatu daerah, daerah tersebut sunyi dan hening, ternyata keheningan tersebut kerana keserakahan dan kebiadaban belanda, betapa kagetnya beliau ketika melihat orang belanda menganiaya seorang Indonesia, lalu beliau mengambil kacang hijau dan berdo’a, memohon kepada  pada Allah dengan membaca asma’ suryani, kemudian menyebarkan kacang hijau tersebut ke sekumpulan tentera belanda tersebut dan atas izin-NYA seketika itu juga kacang hijau tersebut berubah jadi ratusan tentera,  ALLAHU AKBAR!!!!!!!! tentera belanda tersebut lari terbirit-birit.Inilah Asma yang sangat ampuh warisan para Waliyullah, yang merupakan senjata pamungkas Kanjeng Pangeran Diponegoro.Ada lebih dari 50 kegunaan yang akan diterangkan semasa Bengkel dijalankan dan mempunyai 1000 manfaat yang akan dirasakan sendiri oleh pengamalnya,in sha Allah.

5. SARUNG JAGAD MAKRIFAT
Pemakaian Lambang Lam JaLaLah dan Pemakaian Cahaya Sarung Jagad untuk keselamatan peribadi, Keluarga serta Harta Benda Memberikan latihan-latihan dalam memberdayakan unsur-unsur dalam diri berguna untuk membangkitkan tenaga batin, kesihatan, ketenangan, sekaligus mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta melalui pemandian cahaya illahiyah.

Ilmu Sarung Jagad Makrifat ini atas rahmat Allah SWT boleh Anda gunakan sebagai sarana doa mustajab dan pendukung untuk mewujudkan segala hajat Anda di dunia, khususnya dalam mewujudkan kemuliaan, derajat yang luhur dan mengatasi segala masalah kehidupan serta mendapatkan berbagai keberkahan hidup di dunia mahupun akhirat.

Manfaat, hikmah atau karomah yang secara khusus dapat dicapai dengan Ilmu Sarung Jagad Makrifat ini antara lain terwujudnya keimanan tinggi,rezeki lancar, kesihatan jasmani rohani, kehidupan mulia, derajat luhur baik di sisi manusia mahupun Tuhan, keselamatan zahir dan batin serta kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Sedangkan manfaat umumnya adalah sebagai berikut:

·   Terhindar dan dilindungi dari niat jahat siapapun
·   Menundukkan lawan atau musuh yang berniat buruk
·   Selamat dalam perjalanan baik di darat, laut maupun udara Menangkal energi negatif dan pengaruh gendam
·   Selamat dari serangan segala macam binatang buas
·   Ditakuti segala macam makhluk halus
·   Memagari harta benda
·   Memunculkan dan meningkatkan keberanian

6.       HIZIB AL-JABBAR
Hizib adalah amalan doa / wirid yang dibuat oleh para Wali atau Ulama. Hizib sangat banyak ragamnya. Orang-orang yang mampu menyusun hizib tentu saja bukanlah orang sembarangan. Mereka adalah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk memahami rahsia-rahsia huruf dan ayat Allah. Sehingga, dengan kurniaan Allah tersebut, mereka boleh menyusun hizib yang mempunyai berbagai macam manfaat. Setiap hizib biasanya mempunyai karakter dan keunikan masing-masing.

Hizib Al - Jabbar merangkumi Asma - asma Allah yang Agung & sangat pendek lafaznya serta cukup mudah / praktikal sekali untuk diamalkan untuk mendapatkan keberkahan dari hizib ini, Adapun beberapa Hikmah yang boleh di perolehi dari Hizib ini sangat banyak sekali, antaranya;

Manfaat Hizib Al-Jabbar :

* Perisai Keselamatan dan Perlindungan
* Daya Kanuragan & Kekuatan
* Ditakuti serta disegani oleh Makhluk ghaib
* energi positifnya Mampu digunakan untuk menghancurkan / menghalau makhluk halus yang menganggu
* Untuk mengecas energi tenaga dalaman ke tahap tanpa batasan
* Ikhtiar Penyembuhan segala jenis penyakit medik dan non medik
* Untuk pelbagai hajat dan keinginan,kemahuan mudah tercapai
* Dan ratusan khasiat yg tidak dapat dituliskan disini

7.       AMALAN PATIRASA
Amalan ini berguna untuk membuat diri anda seperti mati rasa, tidak merasakan panas, dingin, sakit, perih dan lain-lain untuk sementara.Juga boleh digunakan untuk menyalurkan energi pembius untuk menghilangkan / meredam rasa sakit ditusuk jarum akupuntur, pembedahan kecil(bedah batin),cabut gigi,rasa sakit bersalin,ketika anda atau anggota keluarga atau pesakit disuntik jarum hospital oleh doktor perubatan untuk menghilangkan rasa sakit dan rasa cemas kerana takut jarum sebab ia berfungsi ganda disamping menghilangkan rasa sakit juga menambah keyakinan serta keberanian luarbiasa pada pengamalnya.

8.       TAFAKKUR  ZIKIR
Membuka tabir rahsia ilmu menembus dimensi ruang & waktu.Transfer energi tafakur pintu gerbang ghaib tingkat tinggi.Pemakaian huruf untuk keselamatan peribadi,keluarga serta harta benda,tafakkur dititikberatkan untuk mematikan jasmani dan Insya Allah tembus semua dimensi. Yang dilatih tafakkur pintu gerbang ghaib tingkat tinggi, tafakkur zikir. Manfaat tafakkur sangat banyak seperti mengenal diri sejati agar mudah kenal Tuhan,jiwa yang tenang untuk tenaga dalam hakiki & rahsia para kiyai dahulu,menyembuhkan pelbagai penyakit jiwa(gelisah,sombong,ujub,riak dll) memberi pengaruh positif kepada keluarga baik secara langsung atau tidak langsung,mencapai kesedaran tinggi tahap tinggi untuk mengenal alam mikro mahupun alam makro,keselamatan zahir dan bathin serta mempertajamkan ilmu yang sedia ada,,tafakkur juga merupakan salah satu jalan yang efektif mencapai kekhusyukkan  dengan izin Allah dapat menembusi  & melihat  alam dari pelbagai  dimensi dan banyak lagi  manfaat yang kami rahsiakan.

9. PENGGERUN
Ilmu ini sangat mustajab dan dahsyat digunakan untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang terdiri dari mereka yang mempunyai pangkat yang tinggi atau pun garang,musuh dan sebagainya.

10.   PEMBUNGKAM
Mengandungi beberapa ilmu Pembungkam dan Pengunci dalam satu Ijazah. Ilmu-ilmu ini meliputi cara mengunci binatang buas, manusia yang garang dan seseorang yang kita berhajat berurusan dengannya supaya tidak melawan.Pelajari cara mengunci perkara-perkara tersebut sehingga kita boleh memegang kepalanya dan dia tidak dapat melawan. Berguna untuk menundukkan serta mengunci pergerakan binatang buas seperti mengunci mulut buaya , ular berbisa serta bagaimana menjinakkan haiwan tersebut . Ilmu Ilmu ini juga  digunakan untuk mengunci seteru dalam masa menghadapi perbicaraan , pidato dan seumpamanya . Khusus untuk yang sering ke hutan bagaimana jika tersempak dengan Gajah mahupun harimau.

11.   SILAT KAROMAH
Insya Allah lantaran ilmu ini anda dapat mendatangkan berbagai jenis silat yang anda kehendaki. Walaupun sebelumnya anda tidak tahu bersilat, asalkan anda rajin  berlatih insya Allah anda akan dapat menguasai silat yang anda inginkan.Energi Haq yang sudah terbangkit di dalam diri anda, dapat dipergunakan untuk menghadirkan Silat Ghaib dan Gerak Refleks. Yang berguna untuk anda di saat perkelahian dengan musuh. Anda akan mudah terhindar dari serangan-serangan musuh. Dan anda dapat mengeluarkan jurus-jurus ghaib dan handal.

12.   MEDITASI NUR KHALIFAH
Manfaat “Pengaktifan / pembersihan” melalui Meditasi Nur Khalifah:
·      Pembersihan / penguatan cakra-cakra, lapis-lapis hati dan peningkatan kualiti energi batin.
·      Memperkuatkan aura / cahaya diri.
·      Penciptaan daya tolak dari berbagai sumber penyakit fizik dan non fizik, tolak daya energi-energi negatif melalui pagar  aura / cahaya tubuh.
·      Memperkuat daya indera ke–enam, mata ketiga,kepekaan tangan dan kepekaan batin (naluri).
·      Memperkuatkan daya kundalini.
·      Pengubatan diri sendiri.
·      Pelancar proses akses energi Ilahi.
·      Bakar stress / gelisah / bingung / resah / gundah / insomnia / dll.
·      Perkuat Kharisma / wibawa / rasa segan pada orang lain.
·      Pembuka pintu berbagai hajat (rezeki / jodoh / keturunan / dll)
·      Mempunyai pertahanan diri yang ampuh dari segala serangan ghaib.
·      Mempunyai kekuatan tenaga dalam yang tinggi dll

13. AMALAN JURUS MENGHANCURKAN MUSUH TANPA SENTUH
Berguna untuk pagar badan dari serangan musuh agar kuat dipukul atau musuh terpental sebelum menyentuh tubuh anda.Amalan yang sangat mudah tanpa ritual yang berat serta boleh dilakukan pada bila-bila masa dan pada sebarang tempat yang penting bersih,semakin diamalkan maka power energi pementalan pada musuh akan semakin kuat dan dahsyat…

14. AMALAN SEJUTA BAYANGAN SUKMA AGUNG
Amalan sejuta bayangan sukma Agung ini berkhasiat ampuh Untuk mewujudkan bayangan diri anda bagi tujuan mengelirukan sesiapa sahaja yang akan melakukan kejahatan terhadap anda atau keluarga anda terutamanya ketika  ketiadaan anda di rumah

15.MENGHADIRKAN SEJUTA KEMBARAN DIRI (BELADIRI AMPUH)
Keampuhan ilmu ini dapat digunakan untuk tujuan Beladiri. Walaupun pada saat itu saudara hanya diam ditempat, tetapi musuh seolah-olah sedang berkelahi dengan anda. Hanya orang yang berilmu tinggi yang mampu melihat keberadaan anda.Dengan kaedah khusus yang akan saya terangkan rahsianya yang lebih mendalam dalam Bengkel ini,anda akan mengetahui rahsia bagaimana memberi pengajaran kepada musuh anda supaya tidak lagi berani menganggu anda seumur hidup.

16.HALIMUNAN(INVISIBLE MAN)HIJABUL ABSHOR
Apabila ingin tidak kelihatan(tidak dapat dilihat orang/menghilang) baik ketika didalam perjalanan atau ketika berada dirumah,supaya selamat dari orang yang ingin berbuat jahat kepadanya,gunakanlah ilmu yang ampuh ini untuk tujuan tersebut, Insya Allah kalau mereka bertemu anda tidak satupun dari mereka yang dapat melihat anda.

17.         ILMU MEMBEKUKAN LAWAN DENGAN JARI TELUNJUK
Amalan ini hampir sama bahayanya dengan amalan ilmu pukulan jarak jauh. Ilmu ini pernah dipakai oleh para kiyai-kiyai yang menentang penjajah, dengan hanya menunjuk jari anda lawan akan beku dengan seketika. Ilmu ini tidak boleh untuk dipermainkan kerana ilmu ini boleh digunakan pada bila-bila masa yang lebih bahayanya apabila anda menunjuk dibahagian jantung kerana boleh menyebabkan jantung lawan akan membeku. Apabila anda betul-betul terdesak tunjukklah dibahagian kaki(yang boleh menyebabkan kakinya beku atau tidak bergerak)

18.   ILMU LAM JALALAH
Ilmu Lam Jalalah adalah ilmu yang mengunakan zikir dan doa tertentu untuk mengikat musuh secara kebatinan dan makhluk halus semasa melakukan perubatan.Boleh digunakan untuk mengikat lawan dari jarak jauh sebelum bertemu dengannya.Juga diajar cara membuka semula kuncian jarak jauh tersebut.Amat berkesan digunakan. 

19.   KALIMAH WAQIYAH  TAHAP 1,2,3 
Merupakan Kalimah Keberuntungan yang disebut Kalimah Waqiyah yang ertinya menjaga,menyelamatkan,menjauhkan.Dengan Kalimah itu,Allah melindungi semua yang berhubungan dan berkaitan dengan diri seseorang yang mengucapkannya.Ada beberapa hal yang dilindungi Allah,iaitu:

Diri dan segala yang melekat pada diri. Meliputi fizikal dan mentalnya.Fizikalnya dilindungi dari kecelakaan,sakit atau dizalimi orang. Yang melekat pada diri seperti jabatan,pangkat,nama baik dan kehormatan. Yang melekat pada mental seperti stress,marah-marah,gila dan sebagainya.

Keluarga dan orang-orang yang mempunyai hubungan baik dengannya.Misalnya isteri,suami,anak,menantu,cucu dan orang-orang yang mempunyai hubungan yang dekat dan baik dengannya. Mereka akan dilindungi Allah dari segala sesuatu yang tidak menyenangkan.

Harta benda dan usaha yang menjadi keperluan hidupnya. Misalnya rumah,kereta,harta benda,tempat usaha,ladang penghidupan dan sebagainya.harta benda tersebut dilindungi Allah terhindar dari kerosakan atau kehilangan.

Keburukan atau gangguan apa saja yang mengarah pada hal-hal tersebut,dapat dicegah atau dihindarkan atau diselamatkan dengan membaca kalimah Waqiyah . Anda boleh membacanya untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.Anda boleh membacanya untuk menyembuhkan sakit.Anda boleh membacanya untuk menjaga harta.

20. KALIMAT TAMMAH PERINGKAT QUBRO PAMUNGKAS
Berikut ini adalah doa kalimat tammah (Kalimat yang sempurna) atau kalimat Sakti. Untaian doa perlindungan memohon kepada Allah SWT dari segala kejahatan dan bahaya. Semoga dapat berguna untuk anda yang berkenan untuk mengamalkannya.

Misalnya saat dalam perjalanan, belum sampai di tujuan dan harus bermalam disuatu tempat. Jika timbul rasa was-was dalam hati, bimbang akan keselamatan diri dan harta benda yang dibawa, maka bacalah Kalimat Tammah ini sebanyak-banyaknya. Insya Allah, aman sentosa kerana perlindungan Allah Taala.

Atau saat anda merasa takut terhadap gangguan JIN jahat, atau penampakan yang menyeramkan (hantu, setan, dll), maka bacalah Kalimat Tammah ini. InsyaAllah, tiada datang bahaya daripadanya. Bahkan JIN dapat terbakar bila tetap bermaksud mengganggu.

Kalimat Tammah Kubro, perlindungan dari segala macam kejahatan didarat mahupun di udara. Dari manusia, binatang, jin dan bencana alam.

21.   ENAM TEKNIK PEMAGARAN GHAIB(UNTUK RUMAH,KEDAI,PEJABAT DLL)
Tanda suatu tempat tinggal (rumah, kedai, pejabat dll) perlu diberi perlindungan/pagar ghaib adalah bilamana tempat tersebut tidak selesa untuk dijadikan tempat tinggal. Disebabkan kerana hawa didalam rumah terasa panas (bukan kerana faktor cuaca). Hawa panas ini menandakan didalam rumah terdapat frekuensi setanoaktif (ada bangsa makhluk halus yang turut tinggal didalam rumah). Bila makhluk halus ini mengganggu penghuni rumah misalnya menampakkan diri dengan wajah seram, membuat orang kerasukan,histeria dan lain-lain maka rumah harus segera diberi pagar ghaib perlindungan.

Kedua, selain untuk melindungi rumah dan penghuninya dari gangguan makhluk halus, pagar ghaib juga dimaksudkan untuk menangkal kejahatan ilmu hitam dari seseorang yang punya maksud buruk. Seperti  santet, tenung, gendam (sirep) dan semacamnya Ketiga, pemasangan pagar ghaib dimaksudkan untuk menjaga rumah dari niat jahat pencuri dan perompak. Daya pancar aura dari pagar ghaib yang telah dipasang akan mengagalkan niat jahat dari orang yang mempunyai maksud buruk/niat jahat. Sehingga orang tersebut tidak jadi melaksanakan niat jahatnya.


Bila anda ingin memasang pagar ghaib di suatu tempat misalnya rumah, kebun, kedai, dsb agar terhindar dari hal-hal yang buruk dan merugikan, berikut ini kami ijazahkan 6 Ilmu Teknik Pemagaran Ghaib. Tentu saja semua ini dengan memohon ridho dan perlindungan Allah SWT. Semua bentuk media doa dan benda hanyalah sebagai sebuah sarana saja.