KEUNGGULAN

ILMU KESELAMATAN & BELADIRI KAROMAH ANUGERAH AGUNG BERFUNGSI SEBAGAI BENTENG,PERISAI SERTA PELINDUNG BUAT ANDA DAN KELUARGA DARIPADA SEBARANG JENAYAH YANG SEMAKIN BERLELUASA
Dewasa ini, pada zaman moden yang serba-serbinya berubah. Di mana semakin sukar kita menemui adap sopan, hormat-menghormati, bantu-membantu atau mengambil berat terhadap orang-orang di sekeliling.

Yang lebih parah lagi, sampai ada yang tidak kenal pun siapa jiran di sebelah mereka. Keadaan seperti ini memudahkan para pelaku jenayah melakukan aktiviti mereka. Siapakah yang akan datang menolong sewaktu anda mengalami keadaan yang tidak diingini sekiranya ia terjadi terhadap anda atau keluarga anda?

'Sahabat' yang terbaik buat anda dalam keadaan anda benar-benar memerlukan sebegitu adalah "segala ilmu di dada".

Berbekalkan pengisian serta pengijazahan keilmuan Keselamatan Diri & Beladiri Karomah Anugerah Agung akan mampu menjadi perisai serta benteng diri  yang kukuh buat anda dan keluarga pada saat-saat genting tersebut. Maka, beramalah sebelum terlambat,sediakan payung sebelum hujan,jangan bila dah terkena,menyesal pun sudah tidak berguna!

ANDA AKAN BERKEMAMPUAN MENJADI PENYELAMAT ATAU PELINDUNG KEPADA AHLI KELUARGA ANDA
Dengan mempelajari, sekaligus mempraktikalkan apa yang diajarkan melalui panduan yang terdapat di dalam Bengkel Beladiri Karomah ini, anda akan berkemampuan untuk menjadi pelindung dan penyelamat kepada ahli-ahli keluarga anda. Dunia ini sangat luas dengan manusia yang berniat jahat dengan pelbagai ragam. Adakah jaminan bahawa di sepanjang kehidupan anda dan keluarga, atau tiadakah kemungkinan sesuatu yang tidak diingini seperti itu bakal terjadi? Sebelum segala-galanya terlambat, inilah masa yang sesuai untuk anda mengisi segala ilmu di dada.JANGAN JADIKAN KELUARGA ANDA MANGSA JENAYAH!!!ANDA MAMPU MENCEGAHNYA DENGAN MENGIKUTI BENGKEL ILMU KESELAMATAN & BELADIRI KAROMAH ANUGERAH AGUNG INI,IN SHA ALLAH!!!

ANDA DAN ORANG-ORANG TERSAYANG AKAN MEMILIKI PERISAI YANG AMPUH DARIPADA SERANGAN-SERANGAN ORANG YANG KHIANAT
Bak kata orang, "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Perbuatan khianat aniaya oleh orang-orang yang menyimpan sakit hati dan dendam tidak mustahil boleh terjadi terhadap anda dan keluarga, apatah lagi dalam masyarakat nusantara yang sememangnya masih wujud pelbagai jenis kepercayaan. Adakah anda sanggup berdiam diri dan cuma memerhatikan diri anda dan keluarga yang tersayang menanggung derita menjadi mangsa keadaan kerana perbuatan yang kejam serta tidak berperikemanusiaan itu? Saudaraku, penuhilah ilmu di dada selagi anda berupaya, sebelum segala-galanya terlambat. Sesungguhnya, malang itu memang tidak berbau.

ANDA AKAN MENJADI PENDEKAR YANG SEJATI DAN BUKANNYA CALANG-CALANG PENDEKAR
Dalam masyarakat hari ini, di sekeliling anda sememangnya ramai individu-individu yang pernah mempelajari malah menguasai pelbagai jenis seni beladiri, baik seni beladiri jenis seni silat, aikido, tekwondo, karate,ninjutsu,kung-fu, capoeira, silambam, kuntau, tai chi, hailam,spring 12 dan pelbagai jenis lagi.

Apa yang membezakan anda dengan mereka? Anda akan menguasai seni ilmu pertahanan diri secara ilmu spiritual. Ia akan membezakan anda dengan ahli-ahli beladiri lain. Pelajari segala selok-belok pelbagai cabang dan jenis ilmu warisan Pendekar Masa Silam pada masa sekarang! Zahir mahupun batin. Pelajari semuanya.. dan jadilah pendekar yang sejati dan bukannya calang-calang pendekar.

ANDA DAN KELUARGA BOLEH HIDUP DENGAN LEBIH TENANG DAN TENTERAM TANPA SEBARANG GANGGUAN
Dalam kehidupan kita sehari-harian, tidak diketahui sama ada anda atau mana-mana ahli keluarga anda pernah melukai hati sesiapa. Tidak diketahui sama ada terdapat perasaan-perasaan iri hati, hasad dengki atau dendam di hati orang-orang tertentu terhadap anda mahupun keluarga.. atas apa jua sebab sekalipun.

Dengan mempelajari, mengamalkan dan menguasai Ilmu Keselamatan & Beladiri Karomah Anugerah Agung ,anda dan keluarga akan mampu hidup dengan lebih tenang dan tenteram tanpa sebarang gangguan kerana anda tahu untuk menanganinya, berkemampuan, punyai kekuatan serta sedar akan kehadiran sebarang musibah dan tidak akan mudah leka dalam kehidupan. .Anda boleh mengandalkan ilmu Sarung Jagad Makrifat sebagai ikhtiar keselamatan diri anda,keluarga dan harta benda…In Sha Allah!!!

PENGUASAAN TERHADAP ILMU KESELAMATAN & BELADIRI KAROMAH ANUGERAH AGUNG AKAN MENJADIKAN ANDA PENDEKAR YANG SEBENAR
Segala apa yang bakal anda pelajari dan kuasai di dalam Bengkel Ilmu Keselamatan & Beladiri Karomah menjadikan anda pendekar yang sebenar. Tiada satu pun ciptaan atau khayalan  semata-mata, semuanya dari awal sehingga ke akhirnya adalah merupakan amalan turun-temurun para pengamal ilmu beladiri spiritual hikmah.

Ilmu-ilmu pengetahuan yang hampir hilang dan luput di muka bumi ini, kini dibongkarkan untuk pengetahuan semua demi kebaikan sejagat. Masanya kini telah tiba untuk ianya diturunkan kepada anda, agar tidak luput dek zaman. Maka, dengan penguasaan terhadap Ilmu keselamatan dan beladiri karomah ini, anda pasti menjadi pendekar yang sebenar.. pendekar yang menguasai setiap inci ilmu dan seni bela diri spiritual yang unggul!

ANDA AKAN DITAKUTI SERTA DIGERUNI  OLEH PIHAK LAWAN DAN DIKAGUMI OLEH KAWAN
Dengan berbekalkan kewibawaan yang agung, pengetahuan yang mendalam dan penguasaan terhadap ilmu keselamatan & beladiri karomah, anda akan digeruni oleh setiap lawan dan dikagumi oleh setiap kawan di sekeliling anda. Kawan-kawan anda akan mula menyanjungi serta menghormati diri anda dan lawan pula tentu akan memilih untuk tidak memusuhi anda kerana berkawan dengan anda adalah lebih baik daripada menjadi musuh. Segala apa yang telah anda pelajari dan kuasai itu kelihatan begitu hebat di mata mereka disebabkan oleh pancaran Aura Kekuatan Ghaib yang menyelubungi diri anda..

MASYARAKAT DI SEKELILING AKAN MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI ANDA

Anda akan disegani, dihormati dan disanjungi oleh masyarakat di sekeliling. Kerana anda memiliki apa yang tidak dimiliki oleh kebanyakan orang. Anda memiliki ilmu pengetahuan Beladiri Karomah yang setaraf dengan pengamal-pengamal seni mempertahankan diri dahulukala. Ilmu-ilmu pengetahuan sebegini sememangnya amat jarang didapati apalagi untuk dipelajari. Ini adalah satu-satunya peluang untuk anda mempelajari dan menguasainya.